pengikut chaye !

halwa telinga !

Selasa, 11 Disember 2012

Adab Menziarahi Jenazah


Muzicons.com Bismillahirahmannirahim !



Sesungguhnya , suatu hari nanti kita bakal melalui satu alam di mana semua orang pasti dan akan melaluinya cuma masa yang akan menentukan sama ada cepat atau lambat orang itu melaluinya .

alam itu adalah alam kematian yang akan memisahkan antara kita dengan kenikmatan dunia .



yang PERTAMA [ucapan Innaalillaahi wa innaa ilaihi ro ji'uun]
Apabila kita menerima berita tentang kematian seseorang Muslim, sama ada yang kita kenali mahupun tidak kita kenali, adalah menjadi perkara sunat untuk kita menyebut ''Innaalillaahi wa innaa ilaihi ro ji'uun'' , sepertimana firman Allah SWT yang bermaksud ''Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali'' [Surah al-Baqarah, ayat 156]


yang KE-2 [memperbanyakkan menyucap perkara yang baik-baik] 
Daripada Ummi Salamah, katanya Rasulullah bersabda bermaksud :

Apabila kamu menziarahi orang sakit atau orang yang hampir mati, hendaklah kamu memperkatakan perkara yang baik-baik kerana sesungguhnya malaikat mengucapkan amin terhadap apa-apa yang kamu katakan itu. [Hadis riwayat Muslim]

Daripada Ummi Salamah, katanya : Rasulullah menziarahi Abu Salamah ketika matanya terbuka. Lalu Nabi menutupnya, kemudian Baginda bersabda : ''Sesungguhnya roh apabila diambil oleh malaikat akan ditirut oleh pandangan mata [si mati itu]''

Mendengar perkara itu, sebahagian keluarga Abu Salamah menangis dan menyebut-nyebut kemalangan yang mendukacitakan mereka. Lalu Baginda bersabda lagi : ''Janganlah kamu menyebut-nyebut perkara buruk yang merosakkan kamu, tetapi sebutlah perkara yang baik, kerana malaikat memohon supaya Tuhan kabulkan apa-apa yang kamu katakan samada baik atau buruk . 

yang KE-3 [memperbanyakkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran buat si mati]



Disunatkan bagi orang yang menziarahi kematian agar membaca surah Yassin seperti yang disebut di dalam hadis yang bermaksud, ''Bacalah ke atas mereka yang sedang menghadapi kematian dengan membaca surah Yassin'' [Hadis riwayat Abu Daud]

yang KE-4 [memohon keampunan kepada Allah untuk si mati]
Kemudian Baginda berdoa dengan sabdanya : ''Ya Tuhanku! Ampunkanlah dosa Abu Salamah dan tinggikanlah darjatnya bersama orang yang mendapat hidayah petunjuk, dan jandikanalah sebagai gantinya untuk mengurus dan melindungi keluarganya yang ditinggalkan, dan ampunkan bagi kami dan baginya Ya Rabbal Alamin, dan lapangkanlah kuburnya serta berilah kepadanya cahaya yang menerangi kuburnya. [Hadis riwayat Muslim]

berdoa supaya jenazah mendapat keampunan Allah SWT dengan mengucapkan ''Allahummaghfirlahu warhamhu'' ertinya, ''Ya Allah, ampunkanlah dosanya dan limpahkan rahmat-Mu ke atasnya''

yang KE-5 [memperbanyakkan mengingati si mati agar berzikir]



Saidina Umar bin al-Khattab berkata: Hadirlah di tempat orang yang hampir mati dan ingatkanlah mereka akan kalimah ''Lailahaillallah'' kerana mereka nampak apa-apa yang kamu tidak nampak. 

Mengikut keterangan ulama, selepas orang yang hampir mati turut menyebut kalimah itu, maka janganlah orang yang hadir di sisinya menyebutnya lagi, kecuali orang yang hampir mati itu menutur kata-kata lain. Maka, hendaklah diulangi sebutan kalimah itu kepadanya.

Tujuan menyebut kalimah ''Lailahaillahllah'' itu kepadanya supaya jangan ada sesuatu dalam ingatanya selain daripada Allah pada saat matinya.

yang KE-6 [mengurut jenazah]

selepas orang itu menghembuskan nafasnya yang terakhir, maka selain daripada sunat menutup matanya, dituntut pula supaya melembut-lembutkan sendi-sendinya yang keras kaku seberapa yang boleh.

yang KE-7 [menunaikan solat jenazah]



solat jenazah adalah fardhu kifayah . 


yang KE-8 [meringankan beban keluarga si mati]
Memberi pertolongan kepada keluarga jenazah dan urusan pengkebumian atau menyediakan makanan untuk keluarga si mati. Digalakan agar menghulurkan bantuan yang berbentuk wang atau makanan kepada keluarga yang ditimpa kematian khususnya bagi keluarga yang miskin . 

Tidak menceritakan aib jenazah juga boleh meringankan beban keluarga si mati . 


yang TERAKHIR [mengiringi jenazah ke kuburan dan memperbanyakkan sedekah doa serta ayat suci al-Quran kepada si mati setiap hari]





p/s : sekiranya tersalah mahupun terkurang mohon keampunan dari hujung rambut hinggan hujung kaki dan mohon diperbetulkan .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan