pengikut chaye !

halwa telinga !

Sabtu, 13 Julai 2013

Cerita Donggeng itu "FAIRY TALE" -part13-

Selesai sahaja aku dan Along menunaikan kewajipan di subuh hari , Along terus sahaja menyambung tidurnya. Manakala aku ? Aku sedang menikmati saatsaat terakhirku didalam bilikku yang bakal aku rindui sepanjang aku disana nanti . Mm . Aku mula memasukkan bajubaju yang hendak ku bawa kedalam bagasiku yang besar dengan satu keluhan kecil. 'Permudahkan segala urusan ku disana nanti ya Allah'

     Lamaku tatap wajahku didalam cermin hias bujangku. Aku hanya memadankan baju muslimah ungguku dengan tudung unggu gelap. Hanya calitan celak yang ku hiaskan pada mataku sebagai solekan.
     "Deq? Pecahlah cermin tu kalau kau asyik tenung jak!" Usikan Along hanya ku balas dengan senyuman nipis sambil aku tunjuk manja bagasi besarku padanya.
     "Mak ai! Kau nak pindah rumah kaa apa nee deq! Besarnya bagasi kau bawa! Apa yang kau isi nee?" Soalan Along jelas menunjukkan dia terkejut. Ahah :v
     "Along nee! Orang disana belum tentu lagi boleh keluar pekan macam dekat hostel. Lagipun orangkan lama disana. Lainla kalau Along mahu lawat orang tiaptiap minggu" katakataku membuatkan Along terdiam dan berlalu bersama bagasiku. Aku mengamati setiap inci didalam bilikku. Rapi.

     "Jam berapa kena ada disana deq?" Along menanyakan aku soalan sewaktu kami berada di trafic light Damai.
     "Jam 10 bas gerak. Sebelum tu kena ada disana" Balasku tanpa menoleh kearahnya sedikit pun. Sayunya aku. Entahla kenapa aku rasa seperti nee sedangkan dulu aku yang beria-ia mahu pergi sangat. Entahla. 'Ya Allah, tenangkan aku dalam menempuh dunia baruku'
     
     "Deq! Tu bas PLKN! Konfomkan jam 10 baru bas jalan?" Nada suara Along menampakkan dia sangat risau! Saat tue kami berada di trafic light simpang komplek.
     "Yea! Jam 10. Entahlah. Mm" Aku juga sedikit cemas melihat dua buah bas yang mempunyai lambang PLKN baru sahaja keluar dari komplek. Jujur! Aku sedikit bangga dan teruja melihat bas tue tatapi perasaan cemasku telah membunuh perasaan terujaku kerana aku belum lapor diri lagi! 90% aku mahu mengikuti kem ne walaupun aku kurang selesa dengan rasa ku sendiri.

Cerita Donggeng itu "FAIRY TALE" -part12-

     "Deq , kau daa packing kaa semua baju-baju kau ?"
     "Sudahlah !" , Bohongku tetapi hakikatnya aku belum memasukkan apaapa lagi didalam bagasiku. Kosong. Aku hanya menyenarikan kesemua bajubaju yang hendak kubawa didalam kepala otakku. Eheh :p
     "Cerita apa nee deq ?" Along sudah selesa duduk disebelah ku yang tengah khusyuk menonton cerita di televisyen .
     "Along ?"
     "Yess ?" walaupun Along menjawap tapi dia juga sedang meneliti cerita apa yang sedang aku tonton .
     "Baik Along cakap dengan orang betul-betul , kenapa kawan Along sii Pizi tu datang rumah" Aku sudah tidak menghiraukan cerita yang ada di hadapan ku kerana memang ini soalan yang aku mahu tujukan kepada Along sejak sii Fizi tu pulang petang tadi. Tetapi aku sedikit sebal dengan Along kerana pertanyaanku dipandang sepi olehnya malah dia buat aku seperti tidak ada disebelahnya .
     "Along!"serentak dengan itu juga tanganku memberi paha kanan Along cubitan ketamku ! padam muka !
     "Isk ! Adeq nee kan ! Salahkah kalau kawan Along tu datang ruma kita ? Tidakkan ? Bukan Along biarkan kau orang berdua jk dalam rumah nee. Lagipun Along jumpa dia dekat masjid tadi jadi Along bawalah dia lunch dekat rumah sebab Along tau yang adik ada masak. Kenapa ?" Jawapan yang Along berikan seperti ada sesuatu yang dia sembunyikan dari aku . Tapi apa ?
     "Mmm"
     "Along , orang nak pergi barang nee esok. Nanti Along ambil orang time lunch are ?" kataku kerana malas hendak berdebat dengan Along tentang hal kawannya tu.
     "Esok? Time lunch? Barang spa kau nak beli lagi deq?"
     "Yea! Esok! Barangbarang orang mw masuk kem laa!" Geram pula aku dengan soalan Along nee!
     "Ok! Jam 12 Along ambil. Lepas zohor kita jalan. Ok?"
     "Ok!"Along terus sahaja bangun selepas mendapat jawapan dariku.
     "Jangan tidur lewat sangat! Ingat pesan Umi deq!" Laung Along sebelum kelibatnya ditelan pintu biliknya yang berada di sebelah kiriku.

Sabtu, 9 Februari 2013

Istiqarah Cinta



Bersaksi cinta diatas cinta 
Dalam alunan tasbih ku ini 
Menerka hati yang tersembunyi 
Berteman dimalam sunyi penuh do'a 

Sebut nama Mu terukir merdu 
Tertulis dalam sajadah cinta 
Tetapkan pilihan sebagai teman 
Kekal abadi hingga akhir zaman 

Istikharah cinta memanggilku 
Memohon petunjukmu satu nama teman setia 
Naluriku berkata 

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan 
Pemenuh separuh nafasku 
Dalam mahabbah rindu 

diistikharah cinta..



Selasa, 1 Januari 2013

Cerita Donggeng itu 'FAIRY TALE' -part11-



     "Haa! Fizi , nilah satu-satunya adik aku! Amirah Asyura Aiman. Panggil je dia Amirah" Along mendapatkan aku dan memperkenalkan aku kepada rakannya sebaik sahaja Along melihat ku sedang memerhatikan mereka.
     "Deq, ne Muhammad Hafizi Zahin , kawan baik Along. Panggil je dia Fizi" kata-kata Along mematikan lamunanku terhadap lelaki yang sedang melemparkan senyumannya kepadaku. Goyah sedikit imanku melihat kekacakkannya tetapi aku hanya mampu membalas senyumannya dan terus menyalami Along. Seperti biasa, Along akan menghadiahkan aku sebuah kucupan di dahi.
     "Along nak makan?"
     "Mestilah nak! Lapar dah ni! Adik masak apa?"
     "Kegemaran Along" bisikku ke telinga kirinya dan kami berdua hampir terlupa yang kami sedang ada tetamu. Gelagat kami berdua sedang diperhatikan oleh Fizi dengan senyuman yang terukir di bibirnya. 

     "Opps! Sorry Fizi! Adik aku memang macam tu" Along seakan-akan berbisik kepada Fizi namun masih mampu aku dengar.
     "Along . . ." Nadaku sedikit mengusik di situ yang akhirnya meledakkan tawa mereka berdua. 

     Kurang dari 10 minit, hidangan sudah siap dipanaskan untuk kami menjamu selera. Masakanku hanya ala kadar sahaja tetapi Along cukup berselera menikmati ayam masak kicapnya. 
     Along yang berada di depan ku hanya menumpukan sepenuh perhatiannya kepada hidangannya. Tetapi aku? Nampaknya, seleraku sedang terganggu untuk saat ini disebabkan oleh rakan Along yang cukup kacak itu. Sekali sekala mata kami bertentangan tetapi aku lebih cepat melarikannya. 
     'Ya Allah, engkau kuatkanlah imanku' sempat juga aku panjatkan doa itu kepadaNya.

Cerita Donggeng itu 'FAIRY TALE' -pat10-



     "Along! Cepatlah! Umi dengan ayah nak balik dah ni!" Jeritku pada Along yang sedang megambil kameranya di dalam sewaktu aku sedang menolong ayah memasukkan barang-barang ke dalam kereta.
     Umi yang sedang membelai-belai Sparrow hanya menggelengkan kepala kepada aku. Apataknya, pagi-pagi lagi dah bising. Yea! Sememangnya aku bangun awal hari ini kerana Along telah membocorkan rahsiaku pada umi dan ayah. Akibatnya, aku telah di ceramah oleh umi.

     "Owkey! Along dah siap ni nak ambil!" Nada suara Along sedikit tercungap-cungap sewaktu sampai di depan pintu rumah untuk mengambil gambar aku dan kedua orang tua kami.
     "Kejap! Ayah dukung si Jack. Uminya dukung si Sparrow pulak" Sempat lagi ayahku menambah ahli sewaktu Along sedang membilang hendak mengambil gambar.
     "1 2 3 senyum :) !" Seiringan dengan itu, lampu kamera Along memancar.

Sudah tiba masanya umi dan ayah pulang ke rumah. Umi sempat memesan kepadaku agar menjaga kesihatanku sewaktu berada di kem PLKN. Umi juga memesan agar aku mengamalkan petua kecantikan traditional kerana menurut umi wajahku sudah kurang serinya.
     Ayah sempat memberiku duit belanja untuk 3 bulan berada disana, walaupun Along sudah memberitahu ayah yang dia akan memasukkan 50 ringgit Malaysia untukku setiap bulan selepas ini. Akan tetapi, ayah tetap berkeras memberi padaku kerana ayah kata itu sebahagian daripada nafkah ayah buat aku.


Setengah jam selepas ayah dan umi pulang, Along bersiap hendak pergi sembahyang Jumaat. Sewaktu Along jalan aku sedang sibuk menyediakan lauk-pauk untuk hidangan kami tengahari ini. Sudah menjadi kebiasaan sekiranya aku ada di rumah, Along pasti akan pulang untuk makan selepas menunaikan kewajipannya walaupun dia sedang bekerja. 
     Selesai masak dan mengemas dapur, aku membersihkan diri untuk menyahut seruan Allah. Azan zohor kedengar begitu jelas sekali sewaktu aku menuju ke kamarku. 15 minit selepas membersihkan diri, aku mendirikan solat zohor. Kali terakhir aku melihat jam di dinding adalah jam 1.55 petang kerana aku sedang menuju ke alam mimpi. 

Aku terjaga dari lenaku sewaktu aku terdengar bunyi ketawa dari arah luar bilikku. Along sudah balikkah? Jam dindingku menunjukkan sekarang jam 2.15 petang. Hanya beberapa minit sahaja rupanya aku terlena. Aku segera melipat telekung serta sejadahku dan meletakkannya di birai katil. Aku mencapai tudung berwarna kelabu gelap di dalam almari dan melihat keadaan diriku di dalam cermin hiasku hanya sekali imbas sahaja sebelum aku melangkah keluar. 

     "Along!"
     "Along ke tu?" Nada suaraku sedikit kuat apabila suara ketawa itu ku dengar lagi dari arah yang sama. Along bawa kawan ke datang rumah ni?

Isnin, 31 Disember 2012

Hukum Wanita Menguatkan Suaranya Ketika Solat Besendirian !

Bismillahirrahmanirrahim ! 



JOM baca ! saya dah tukarkan maklumat dalam video ni kepada dialog yang mudah di fahami. 

soalan   :: bolehkah seorang wanita menguatkan suaranya ketika solat besendirian ?
ustaz don   :: boleh ! tetapi di mana dia solat ?
soalan   :: rumah ?
ustaz don   :: boleh menguatkan suaranya ketika tidak ada sesiapa di dalam rumahnya. Ertinya, dia berseorangan .
soalan   :: kalau mahu khusyuk ?
ustaz don   :: khusyuk dalam solat, kita perlu membacanya dengan betul dan memahami maksud apa yang dibaca.
soalan   :: kenapa tidak boleh menguatkan suara ketika solat terutamanya perempuan ?
ustaz don   :: kerana, takut menimbulkan fitnah.
soalan   :: fitnah yang macam mana ustaz ?
ustaz don   :: contohnya, sekiranya seorang wanita itu bersolat lalu dikuatkan suaranya, jika ada yang terdengar akan suaranya yang merdu itu, orang yang mendengar itu pasti mahu melihat wajahnya. betul bukan ?
soalan   :: adakah dalam islam dibenarkan menguatkan suara ketika solat bagi wanita ?
ustaz don   :: sebenarnya, islam tidak benarkan kerana takut menimbulkan fitnah . 

#kalau ada yang salah mohon maaf :)

Nasihat Kubur !

Bismillahirrahmanirrahim !

1). Aku adalah tempat yg paling gelap di antara yg gelap, maka terangilah aku dengan TAHAJUD 



2). Aku adalah tempat yang paling sempit, maka luaskanlah aku dengan ber SILATURAHIM.



3). Aku adalah tempat yang paling sepi maka ramaikanlah aku dengan perbanyak baca AL-QUR'AN.



4). Aku adalah tempatnya binatang2 yang menjijikan maka racunilah ia dengan Amal SEDEKAH,



5). Aku yg menyepitmu hingga hancur bilamana tidak Solat, bebaskan sempitan itu dengan SOLAT



6). Aku adalah tempat utk merendammu dgn cairan yg sangat amat sakit, bebaskan rendaman itu dgn PUASA..



7). Aku adalah tempat Munkar & Nakir bertanya, maka Persiapkanlah jawapanmu dengan Perbanyak mengucapkan Kalimah "LAILAHAILALLAH"



Cerita Donggeng itu 'FAIRY TALE' -part9-



Tengahari ini aku tak sangka yang kedua orang tuaku menziarahi kami. Kata umi, ayah ada kerja sikit yang perlu diselesaikan. Umi dan ayah juga bercadang hendak tidur dirumah Along selepas dipujuk rayu oleh aku. 
     Selesai makan tengahari yang disediakan oleh aku dan umi, kami sembayang berjemaah di bilik bacaan yang sememangnya tempat aku dan Along melakukan ibadat. Doa yang di imamkan oleh ayah, di aminkan pula oleh kami. Sememangnya aku sangat rindui suasana ini. Sejak aku masuk ke asrama, sudah jarang aku rasakan sembayang berjemaah bersama-sama ayah dan umi. Lebih-lebih lagi sewaktu cuti sekolah ni, Along jarang ada di rumah kerana sibuk dengan kerjanya.
     Cuaca petang ni sangat indah seakan-akan memahami hatiku yang sedang gembira bersama keluargaku. Along sibuk merakam kenangan dengan kamera Nikonnya tu sewaktu aku dan umi membawa minum petang ke teratak Kasih. Ayah pula sibuk memberi makan pada ikan-ikan yang ada di dalam kolam tepi teratak kami.
     "Hello Sparrow!" kataku apabila aku melihat kucing kesayanganku menuju kearah kami. Aku mendukungnya dan tiga pasang mata sedang melihat telatahku ketika itu. Sparrow adalah kucing betina parsi yang Along hadiahkan padaku pada ulang tahunku yang ke-17 tahun. Warnanya banyak putih dan ada sedikit warna kelabu. Along membelinya dengan seekor lagi kucing parsi berwarna coklat dan ada sedikit warna hitam yang diberi nama Jack. Jack kucing kesayangan Along.
     "Bila si Sparrow ni nak beranak Amirah?" Umi bertanyakan padaku. Sparrow kita sudah bertukar tangan kepada umi. Ayah pulah sedang membelai-belai kepalanya. Sememangnya Sparrow kucing yang sangat manja dan suka dibelai.

     "Entahlah umi. Kita orang tak bawa lagi dia orang pergi klinik. Biar suprise sikit bila dia nak beranak" kataku sambil melihat Along yang sibuk mengambil gambar umi dan ayah bersama Sparrow.
     "Lah! Nanti dia nak terberanak, kalau time tu kau orang tak de dekat rumah macam mana?" Akhirnya kerisauan umi terlihat juga akhirnya.
     "Umi ni. Risau sangatlah. Sparrow ni ada bilik khas dengan si Jack. Jadi mustahillah kalau si Sparrow ni nak lahirkan anak dia dekat tempat lain, kan? Betul tak Long?"
     "Betul tu umi! Lagipun, Along ada kawan yang suka sangat kucing. Dia yang selalu bagi Along maklumat" Usaha Along yang cuba meyakinkan umi berjaya!
     Sememangnya kami menikmati petang itu dengan gembia sekali kerana esok pagi uni dan ayah akan berangkat pulang ke kampung. Aku pasti sedih kerana kalau boleh aku mahu sangat umi dan ayah ada sewaktu keberangkatanku ke kem PLKN 04.01.2013 nanti.

Cerita Donggeng itu 'FAIRY TALE' -part8-



Tepat jam 2.30 petang, Along sedang mengambil result medical check-up ku di dalam, aku sedang menunggu Along di dalam kereta dengan penuh sabar, sabar dan sabar. Lamanya Along ni. 
     5 minit selepas itu, "Nah!" Along hulurkan aku sehelai kertas kecil sahaja. Hanya tercatat nama, kumpulan darahku dan sebagainya tetapi tidak ada yang aku cari.
     "Ni jak?" Seakan-akan tidak percaya.
     Along yang sedang memandu menoleh kearahku dengan wajah kehairanannya, "Yelah. Habis awak nak apa lagi?" Kembali memandu. 

     "Siapa nama dia ha?" Soalan itu kutujukan buat diriku seorang tetapi mampu di dengar oleh Along yang kebingunggan melihat riaksiku.
     "Kejap! Along! Diakan lelaki X-ray! So, sampul surat coklatlah!" Aku terus mencapai sampul X-rayku dikerusi belakang dan akhirnya . . .

     "Mohd Faiz bin Mohd Ariffin rupanya" Aku tersenyum puas hati apabila berjaya dapat apa yang aku mahukan!
     "Siapa tu dek?"
     "Long! Orang nak kahwin boleh?" Serta merta Along membrekkan keretanya di tengah-tengah jalan raya. Nasiblah tidak berlaku apa-apa.
     "Apasal Along ni? Brek tiba-tiba?!" Marahku padanya.

Along meletakkan tangannya kirinya di dahiku, "Adiklah! Kesampukan jin apa sampai dah gatal nak kahwin ni?"
     "Takdelah. Orang main-main jelah" Kataku cuba untuk mengawal perasaan maluku. Aku tak kisah, yang penting aku dah tau siapa nama lelaki X-ray tu. Senyumku seorang diri.

Cerita Donggeng itu 'FAIRY TALE' -part7-



     Jam tanganku baru sahaja menunjukkan jam 8 pagi. Aku dan Along bertolak awal hari ini dari rumah kerana aku harus menyelesaikan segala urusan berkaitan kemasukanku ke kem PLKN terutamanya medical check-upku. Itu yang lebih penting.
     Setibanya kami di klinik, suasana agak sibuk tetapi hanya di bahagian ibu mengandung dan kanak-kanak. Bukan di tingkat 1. Semuanya ku serahkan pada Along untuk uusan cakap bercakap ini. Sementara Along bertanya di kaunter pertanyaan, aku mengambil tempat duduk di ruang menunggu. Sejuknya.
     "Jom!" 

     "Dah selesaikah? Takkan nak balik dah?" Aku mempamerkan wajah hairanku kepada Along yang membawaku entah kemana. Tetapi aku turutkan sahaja langkah Along.
     "Along dah isi borang ni, sekarang kita kena buat X-ray dekat bawah. Lepas tu, baru kita ambil darah dan tunggu result hari ni juga" Penerangan Along yang panjang lebar sambil kami beriringan menuruni tangga.
     "Lah! Sekejap je rupanya" Kataku membuatkan Along tersenyum.


Kami disajikan dengan cerita Cabin in the woods sementara aku menunggu gilian untuk di X-ray. Hanya ada aku, Along dan beberapa orang sahaja di dalam klinik X-ray tu. Along begitu teliti menonton cerita yang sedang di siarkan tetapi aku hanya memandangnya seperti angin yang lalu. Kerana aku sudah menonton cerita ini di asrama. 
     Mataku merayap kesetiap penjuru dan berhenti di suatu tempat di mana tertulis 'Segala rahsia pesakit yang melakukan X-ray akan dilindungi dan tidak akan dihebohkan'. Lain macam je ayat ni aku tengok. Ambil X-ray jak pun, apanya yang nak dilindungi. Sememangnya ini kali pertama aku melakukan X-ray.
     "Amirah Asyura Aiman!" Namaku dipanggil oleh seorang lelaki yang berdiri di dedaun pintu di sebelah kiriku. Hanya beberapa langkah dari tempat duduk ku, aku sudah masuk ke dalam bilik tersebut.
     "Masuk ke bilik ni, tanggal baju, rantai, gelang dan tudung. Owkey?" Sambil lelaki itu membuka pintu bilik yang dimaksudkan.
     "Haa?! Tanggal baju?!" Dengan mempamerkan wajah tidak percayaku.
     "Ye! Baju dalam sekali. Owkey?" Lelaki itu melempakan senyumannya kepadaku.

     "Habis tu? Nak pakai baju apa?"
     "Sorry. Lupa nak bagitahu. Pakai baju yang warna hijau tu. Saya tunggu dekat luar. Sebelum tukar baju kunci pintu yeah!" Arahannya membuatkan aku seperti hendak menjerit. Apabila lelaki itu tersedar aku masih dalam keadaan ragu-ragu, dia memegang tanganku dan membawaku masuk kedalam bilik tu lalu membuka sebuah almari. Didalamnya tergantung beberapa helai baju berwarna hijau yang mengikut saiz dan terdapat 1 baju biru.
     "Pilih saiz baju. Then, pakai. Ingat apa saya kata tadi tapi seluar tak pakai buka owkey?" Sambil mempamerkan senyuman kearahku yang masih binggung dengan keadaan tersebut.
     15 minit selepas itu aku selesai menjalankan pemeriksaan X-ray. Sekarang aku hanya perlu tunggu result X-ray ku sahaja. Baru aku faham maksud kata-kata yang ada di dinding tu sekarang. Keluhan kecilku yang terbit disebabkan kegemuruhanku tadi.

     5 minit selepas itu, namaku sekali lagi dipanggil di kaunter depan untuk mengambil result X-rayku. Adui! Lelaki ni lagi. Apasal aku nak gemuruh sangat ni, aku tengok lelaki tu relex je. Setelah sampul surat besar berwarna coklat bertukar tangan padaku, aku hanya senyum pada dirinya.
     Tepat jam 11.30 pagi aku selesai melakukan medical check-up dan hanya perlu mengambil resultnya pada jam 2 petang ni.
     "Cik Asyura? Kenapa awak dari tadi senyum saja ni?" Aku seperti kembali ke alam nyata. Along sedang memandu keretanya entah menuju kemana.

     "Kita nak pergi mana ni Long?" Dekat mana dah ni? Lama sangatkah aku mengelamun?
     "Orang tanya dia, dia tanya kita pulak"
     "Mana ada" Aku masih memandang Along yang sedang memandu untuk mendapatkan jawapan akan arah tujuan kami sekarang ni.
     "Kita nak pergi makan. Along lapar ni." Apabila Along tersedar akan soalan aku sebentar tadi. Kini kami berada di trafic light simpang Sutera Harbour. Nak makan dekat mana Along ni ?