pengikut chaye !

halwa telinga !

Selasa, 1 Januari 2013

Cerita Donggeng itu 'FAIRY TALE' -part11-



     "Haa! Fizi , nilah satu-satunya adik aku! Amirah Asyura Aiman. Panggil je dia Amirah" Along mendapatkan aku dan memperkenalkan aku kepada rakannya sebaik sahaja Along melihat ku sedang memerhatikan mereka.
     "Deq, ne Muhammad Hafizi Zahin , kawan baik Along. Panggil je dia Fizi" kata-kata Along mematikan lamunanku terhadap lelaki yang sedang melemparkan senyumannya kepadaku. Goyah sedikit imanku melihat kekacakkannya tetapi aku hanya mampu membalas senyumannya dan terus menyalami Along. Seperti biasa, Along akan menghadiahkan aku sebuah kucupan di dahi.
     "Along nak makan?"
     "Mestilah nak! Lapar dah ni! Adik masak apa?"
     "Kegemaran Along" bisikku ke telinga kirinya dan kami berdua hampir terlupa yang kami sedang ada tetamu. Gelagat kami berdua sedang diperhatikan oleh Fizi dengan senyuman yang terukir di bibirnya. 

     "Opps! Sorry Fizi! Adik aku memang macam tu" Along seakan-akan berbisik kepada Fizi namun masih mampu aku dengar.
     "Along . . ." Nadaku sedikit mengusik di situ yang akhirnya meledakkan tawa mereka berdua. 

     Kurang dari 10 minit, hidangan sudah siap dipanaskan untuk kami menjamu selera. Masakanku hanya ala kadar sahaja tetapi Along cukup berselera menikmati ayam masak kicapnya. 
     Along yang berada di depan ku hanya menumpukan sepenuh perhatiannya kepada hidangannya. Tetapi aku? Nampaknya, seleraku sedang terganggu untuk saat ini disebabkan oleh rakan Along yang cukup kacak itu. Sekali sekala mata kami bertentangan tetapi aku lebih cepat melarikannya. 
     'Ya Allah, engkau kuatkanlah imanku' sempat juga aku panjatkan doa itu kepadaNya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan