pengikut chaye !

halwa telinga !

Selasa, 1 Januari 2013

Cerita Donggeng itu 'FAIRY TALE' -pat10-



     "Along! Cepatlah! Umi dengan ayah nak balik dah ni!" Jeritku pada Along yang sedang megambil kameranya di dalam sewaktu aku sedang menolong ayah memasukkan barang-barang ke dalam kereta.
     Umi yang sedang membelai-belai Sparrow hanya menggelengkan kepala kepada aku. Apataknya, pagi-pagi lagi dah bising. Yea! Sememangnya aku bangun awal hari ini kerana Along telah membocorkan rahsiaku pada umi dan ayah. Akibatnya, aku telah di ceramah oleh umi.

     "Owkey! Along dah siap ni nak ambil!" Nada suara Along sedikit tercungap-cungap sewaktu sampai di depan pintu rumah untuk mengambil gambar aku dan kedua orang tua kami.
     "Kejap! Ayah dukung si Jack. Uminya dukung si Sparrow pulak" Sempat lagi ayahku menambah ahli sewaktu Along sedang membilang hendak mengambil gambar.
     "1 2 3 senyum :) !" Seiringan dengan itu, lampu kamera Along memancar.

Sudah tiba masanya umi dan ayah pulang ke rumah. Umi sempat memesan kepadaku agar menjaga kesihatanku sewaktu berada di kem PLKN. Umi juga memesan agar aku mengamalkan petua kecantikan traditional kerana menurut umi wajahku sudah kurang serinya.
     Ayah sempat memberiku duit belanja untuk 3 bulan berada disana, walaupun Along sudah memberitahu ayah yang dia akan memasukkan 50 ringgit Malaysia untukku setiap bulan selepas ini. Akan tetapi, ayah tetap berkeras memberi padaku kerana ayah kata itu sebahagian daripada nafkah ayah buat aku.


Setengah jam selepas ayah dan umi pulang, Along bersiap hendak pergi sembahyang Jumaat. Sewaktu Along jalan aku sedang sibuk menyediakan lauk-pauk untuk hidangan kami tengahari ini. Sudah menjadi kebiasaan sekiranya aku ada di rumah, Along pasti akan pulang untuk makan selepas menunaikan kewajipannya walaupun dia sedang bekerja. 
     Selesai masak dan mengemas dapur, aku membersihkan diri untuk menyahut seruan Allah. Azan zohor kedengar begitu jelas sekali sewaktu aku menuju ke kamarku. 15 minit selepas membersihkan diri, aku mendirikan solat zohor. Kali terakhir aku melihat jam di dinding adalah jam 1.55 petang kerana aku sedang menuju ke alam mimpi. 

Aku terjaga dari lenaku sewaktu aku terdengar bunyi ketawa dari arah luar bilikku. Along sudah balikkah? Jam dindingku menunjukkan sekarang jam 2.15 petang. Hanya beberapa minit sahaja rupanya aku terlena. Aku segera melipat telekung serta sejadahku dan meletakkannya di birai katil. Aku mencapai tudung berwarna kelabu gelap di dalam almari dan melihat keadaan diriku di dalam cermin hiasku hanya sekali imbas sahaja sebelum aku melangkah keluar. 

     "Along!"
     "Along ke tu?" Nada suaraku sedikit kuat apabila suara ketawa itu ku dengar lagi dari arah yang sama. Along bawa kawan ke datang rumah ni?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan