pengikut chaye !

halwa telinga !

Isnin, 31 Disember 2012

Cerita Donggeng itu 'FAIRY TALE' -part9-



Tengahari ini aku tak sangka yang kedua orang tuaku menziarahi kami. Kata umi, ayah ada kerja sikit yang perlu diselesaikan. Umi dan ayah juga bercadang hendak tidur dirumah Along selepas dipujuk rayu oleh aku. 
     Selesai makan tengahari yang disediakan oleh aku dan umi, kami sembayang berjemaah di bilik bacaan yang sememangnya tempat aku dan Along melakukan ibadat. Doa yang di imamkan oleh ayah, di aminkan pula oleh kami. Sememangnya aku sangat rindui suasana ini. Sejak aku masuk ke asrama, sudah jarang aku rasakan sembayang berjemaah bersama-sama ayah dan umi. Lebih-lebih lagi sewaktu cuti sekolah ni, Along jarang ada di rumah kerana sibuk dengan kerjanya.
     Cuaca petang ni sangat indah seakan-akan memahami hatiku yang sedang gembira bersama keluargaku. Along sibuk merakam kenangan dengan kamera Nikonnya tu sewaktu aku dan umi membawa minum petang ke teratak Kasih. Ayah pula sibuk memberi makan pada ikan-ikan yang ada di dalam kolam tepi teratak kami.
     "Hello Sparrow!" kataku apabila aku melihat kucing kesayanganku menuju kearah kami. Aku mendukungnya dan tiga pasang mata sedang melihat telatahku ketika itu. Sparrow adalah kucing betina parsi yang Along hadiahkan padaku pada ulang tahunku yang ke-17 tahun. Warnanya banyak putih dan ada sedikit warna kelabu. Along membelinya dengan seekor lagi kucing parsi berwarna coklat dan ada sedikit warna hitam yang diberi nama Jack. Jack kucing kesayangan Along.
     "Bila si Sparrow ni nak beranak Amirah?" Umi bertanyakan padaku. Sparrow kita sudah bertukar tangan kepada umi. Ayah pulah sedang membelai-belai kepalanya. Sememangnya Sparrow kucing yang sangat manja dan suka dibelai.

     "Entahlah umi. Kita orang tak bawa lagi dia orang pergi klinik. Biar suprise sikit bila dia nak beranak" kataku sambil melihat Along yang sibuk mengambil gambar umi dan ayah bersama Sparrow.
     "Lah! Nanti dia nak terberanak, kalau time tu kau orang tak de dekat rumah macam mana?" Akhirnya kerisauan umi terlihat juga akhirnya.
     "Umi ni. Risau sangatlah. Sparrow ni ada bilik khas dengan si Jack. Jadi mustahillah kalau si Sparrow ni nak lahirkan anak dia dekat tempat lain, kan? Betul tak Long?"
     "Betul tu umi! Lagipun, Along ada kawan yang suka sangat kucing. Dia yang selalu bagi Along maklumat" Usaha Along yang cuba meyakinkan umi berjaya!
     Sememangnya kami menikmati petang itu dengan gembia sekali kerana esok pagi uni dan ayah akan berangkat pulang ke kampung. Aku pasti sedih kerana kalau boleh aku mahu sangat umi dan ayah ada sewaktu keberangkatanku ke kem PLKN 04.01.2013 nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan