Tepat jam 2.30 petang, Along sedang mengambil result medical check-up ku di dalam, aku sedang menunggu Along di dalam kereta dengan penuh sabar, sabar dan sabar. Lamanya Along ni.
5 minit selepas itu, "Nah!" Along hulurkan aku sehelai kertas kecil sahaja. Hanya tercatat nama, kumpulan darahku dan sebagainya tetapi tidak ada yang aku cari.
"Ni jak?" Seakan-akan tidak percaya.
Along yang sedang memandu menoleh kearahku dengan wajah kehairanannya, "Yelah. Habis awak nak apa lagi?" Kembali memandu.
"Siapa nama dia ha?" Soalan itu kutujukan buat diriku seorang tetapi mampu di dengar oleh Along yang kebingunggan melihat riaksiku.
"Kejap! Along! Diakan lelaki X-ray! So, sampul surat coklatlah!" Aku terus mencapai sampul X-rayku dikerusi belakang dan akhirnya . . .
"Mohd Faiz bin Mohd Ariffin rupanya" Aku tersenyum puas hati apabila berjaya dapat apa yang aku mahukan!
"Siapa tu dek?"
"Long! Orang nak kahwin boleh?" Serta merta Along membrekkan keretanya di tengah-tengah jalan raya. Nasiblah tidak berlaku apa-apa.
"Apasal Along ni? Brek tiba-tiba?!" Marahku padanya.
Along meletakkan tangannya kirinya di dahiku, "Adiklah! Kesampukan jin apa sampai dah gatal nak kahwin ni?"
"Takdelah. Orang main-main jelah" Kataku cuba untuk mengawal perasaan maluku. Aku tak kisah, yang penting aku dah tau siapa nama lelaki X-ray tu. Senyumku seorang diri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan