Jam tanganku baru sahaja menunjukkan jam 8 pagi. Aku dan Along bertolak awal hari ini dari rumah kerana aku harus menyelesaikan segala urusan berkaitan kemasukanku ke kem PLKN terutamanya medical check-upku. Itu yang lebih penting.
Setibanya kami di klinik, suasana agak sibuk tetapi hanya di bahagian ibu mengandung dan kanak-kanak. Bukan di tingkat 1. Semuanya ku serahkan pada Along untuk uusan cakap bercakap ini. Sementara Along bertanya di kaunter pertanyaan, aku mengambil tempat duduk di ruang menunggu. Sejuknya.
"Jom!"
"Dah selesaikah? Takkan nak balik dah?" Aku mempamerkan wajah hairanku kepada Along yang membawaku entah kemana. Tetapi aku turutkan sahaja langkah Along.
"Along dah isi borang ni, sekarang kita kena buat X-ray dekat bawah. Lepas tu, baru kita ambil darah dan tunggu result hari ni juga" Penerangan Along yang panjang lebar sambil kami beriringan menuruni tangga.
"Lah! Sekejap je rupanya" Kataku membuatkan Along tersenyum.
Kami disajikan dengan cerita Cabin in the woods sementara aku menunggu gilian untuk di X-ray. Hanya ada aku, Along dan beberapa orang sahaja di dalam klinik X-ray tu. Along begitu teliti menonton cerita yang sedang di siarkan tetapi aku hanya memandangnya seperti angin yang lalu. Kerana aku sudah menonton cerita ini di asrama.
Mataku merayap kesetiap penjuru dan berhenti di suatu tempat di mana tertulis 'Segala rahsia pesakit yang melakukan X-ray akan dilindungi dan tidak akan dihebohkan'. Lain macam je ayat ni aku tengok. Ambil X-ray jak pun, apanya yang nak dilindungi. Sememangnya ini kali pertama aku melakukan X-ray.
"Amirah Asyura Aiman!" Namaku dipanggil oleh seorang lelaki yang berdiri di dedaun pintu di sebelah kiriku. Hanya beberapa langkah dari tempat duduk ku, aku sudah masuk ke dalam bilik tersebut.
"Masuk ke bilik ni, tanggal baju, rantai, gelang dan tudung. Owkey?" Sambil lelaki itu membuka pintu bilik yang dimaksudkan.
"Haa?! Tanggal baju?!" Dengan mempamerkan wajah tidak percayaku.
"Ye! Baju dalam sekali. Owkey?" Lelaki itu melempakan senyumannya kepadaku.
"Habis tu? Nak pakai baju apa?"
"Sorry. Lupa nak bagitahu. Pakai baju yang warna hijau tu. Saya tunggu dekat luar. Sebelum tukar baju kunci pintu yeah!" Arahannya membuatkan aku seperti hendak menjerit. Apabila lelaki itu tersedar aku masih dalam keadaan ragu-ragu, dia memegang tanganku dan membawaku masuk kedalam bilik tu lalu membuka sebuah almari. Didalamnya tergantung beberapa helai baju berwarna hijau yang mengikut saiz dan terdapat 1 baju biru.
"Pilih saiz baju. Then, pakai. Ingat apa saya kata tadi tapi seluar tak pakai buka owkey?" Sambil mempamerkan senyuman kearahku yang masih binggung dengan keadaan tersebut.
15 minit selepas itu aku selesai menjalankan pemeriksaan X-ray. Sekarang aku hanya perlu tunggu result X-ray ku sahaja. Baru aku faham maksud kata-kata yang ada di dinding tu sekarang. Keluhan kecilku yang terbit disebabkan kegemuruhanku tadi.
5 minit selepas itu, namaku sekali lagi dipanggil di kaunter depan untuk mengambil result X-rayku. Adui! Lelaki ni lagi. Apasal aku nak gemuruh sangat ni, aku tengok lelaki tu relex je. Setelah sampul surat besar berwarna coklat bertukar tangan padaku, aku hanya senyum pada dirinya.
Tepat jam 11.30 pagi aku selesai melakukan medical check-up dan hanya perlu mengambil resultnya pada jam 2 petang ni.
"Cik Asyura? Kenapa awak dari tadi senyum saja ni?" Aku seperti kembali ke alam nyata. Along sedang memandu keretanya entah menuju kemana.
"Kita nak pergi mana ni Long?" Dekat mana dah ni? Lama sangatkah aku mengelamun?
"Orang tanya dia, dia tanya kita pulak"
"Mana ada" Aku masih memandang Along yang sedang memandu untuk mendapatkan jawapan akan arah tujuan kami sekarang ni.
"Kita nak pergi makan. Along lapar ni." Apabila Along tersedar akan soalan aku sebentar tadi. Kini kami berada di trafic light simpang Sutera Harbour. Nak makan dekat mana Along ni ?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan