Aku dan Along kini berada di Klinik Kesihatan Putatan. Selepas sahaja Along mendapat parking kami terus ke kaunter pertanyaan. Kami diberitahu bahawa segala urusan medical check-up perlu ke tingkat 1, Along terus menarik tanganku kerana keadaan di dalam klinik ketika itu sangat sibuk.
Setibanya kami di tingkat 1, keadaannya agak lengang sedikit. Akan tetapi, rezeki aku untuk melakukan medical check-up hari ini tiada kerana pemeriksaan hanya dilakukan pada hari ini, Isnin dan Rabu sahaja. Nampaknya, hari ini sudah pun penuh, kerana klinik ini hanya menerima 15 orang sahaja untuk melakukan medical check-up.
Aku dan Along menuju ke kereta. Along menghidupkan enjin keretanya tetapi setelah aku selesai memakai tali pinggang keledar, kereta masih belum jalan lagi. Apasal pulak ni?
Aku lihat Along yang sedang memerhatikan diriku tetapi sedang berkhayal. "Along?" Sambil tangan kananku melambai-lambai di depan mukanya. Apasal pulak Along berkhayal di siang hari ini ? Isk Isk Isk.
Nampaknya, Along memandu tanpa ada tujuan yang jelas.
"Along, kita pulang jak lah.Bazir minyak je. Dah dua kali kita lalu tempat yang sama tau!" Bebelanku akhirnya tercetus juga apabila Along sudah putar Putatan ni dua kali.
"Owkey!" Dengan nadanya yang aku sendiri tidak pasti apa yang sedang Along fikirkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan