pengikut chaye !

halwa telinga !

Sabtu, 13 Julai 2013

Cerita Donggeng itu "FAIRY TALE" -part13-

Selesai sahaja aku dan Along menunaikan kewajipan di subuh hari , Along terus sahaja menyambung tidurnya. Manakala aku ? Aku sedang menikmati saatsaat terakhirku didalam bilikku yang bakal aku rindui sepanjang aku disana nanti . Mm . Aku mula memasukkan bajubaju yang hendak ku bawa kedalam bagasiku yang besar dengan satu keluhan kecil. 'Permudahkan segala urusan ku disana nanti ya Allah'

     Lamaku tatap wajahku didalam cermin hias bujangku. Aku hanya memadankan baju muslimah ungguku dengan tudung unggu gelap. Hanya calitan celak yang ku hiaskan pada mataku sebagai solekan.
     "Deq? Pecahlah cermin tu kalau kau asyik tenung jak!" Usikan Along hanya ku balas dengan senyuman nipis sambil aku tunjuk manja bagasi besarku padanya.
     "Mak ai! Kau nak pindah rumah kaa apa nee deq! Besarnya bagasi kau bawa! Apa yang kau isi nee?" Soalan Along jelas menunjukkan dia terkejut. Ahah :v
     "Along nee! Orang disana belum tentu lagi boleh keluar pekan macam dekat hostel. Lagipun orangkan lama disana. Lainla kalau Along mahu lawat orang tiaptiap minggu" katakataku membuatkan Along terdiam dan berlalu bersama bagasiku. Aku mengamati setiap inci didalam bilikku. Rapi.

     "Jam berapa kena ada disana deq?" Along menanyakan aku soalan sewaktu kami berada di trafic light Damai.
     "Jam 10 bas gerak. Sebelum tu kena ada disana" Balasku tanpa menoleh kearahnya sedikit pun. Sayunya aku. Entahla kenapa aku rasa seperti nee sedangkan dulu aku yang beria-ia mahu pergi sangat. Entahla. 'Ya Allah, tenangkan aku dalam menempuh dunia baruku'
     
     "Deq! Tu bas PLKN! Konfomkan jam 10 baru bas jalan?" Nada suara Along menampakkan dia sangat risau! Saat tue kami berada di trafic light simpang komplek.
     "Yea! Jam 10. Entahlah. Mm" Aku juga sedikit cemas melihat dua buah bas yang mempunyai lambang PLKN baru sahaja keluar dari komplek. Jujur! Aku sedikit bangga dan teruja melihat bas tue tatapi perasaan cemasku telah membunuh perasaan terujaku kerana aku belum lapor diri lagi! 90% aku mahu mengikuti kem ne walaupun aku kurang selesa dengan rasa ku sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan