pengikut chaye !

halwa telinga !

Sabtu, 29 Disember 2012

Cerita Donggeng itu 'FAIRY TALE' -part4-


     "Dahlah tue! Karang Along tak belanja padan muka awak." Menyampah betul aku tengok senyuman Along ni tau! Apa agenda Along sebenarnya hari ini?! Dia nak kenakan aku jakkah ?! Malas aku nak layan dia ni!
     "Senyumlah sikit dek" Tangan Along dengan pantasnya menarik hidungku apabila melihat aku tidak mengendahkan dirinya dan kata-katanya sebentar tadi. Malah renungan tajam pulak yang aku beri pada dirinya.
     "Siapa suruh Along! Ada nak main peluk-peluk dekat public macam ni. Orang takut tau! Ingatkan siapalah tadi! Dahlah tak angkat call! Along memang saja jakkan nak kenakan orang?!" Nada merajuk yang aku buat-buat.
     "Yealah! Along minta maaf. Along bukan ada niat nak kasih sakit hati ke apa. Along nak bermanja jak pon" Ada sedikit nada bersalah pada kata-katanya. Padam muka!
     "Eee! Along salah orang ni! Ada nak bermanja dengan orang." Sememangnya Along cukup manja dengan aku. Apa taknya, hanya kami dua beradik jak dari keluarga Ayah Aliff Aiman. Walaupun, aku muda 6 tahun dari Along.
     "Along manja dengan adik sendiri juga pon! Dah dah. Jangan nak merajuk lagi. Makanan nak sampai dah tue"
     "Siapa juga yang merajuk!" Bicaraku seorang diri seakan-akan berbisik. Laparnya ! Kakak yang tadi sedang menghidangkan makanan yang kami pesan. Perg! Haruman makanan menusuk ke hidungku yang membuatkan perutku makin rancak berkeroncong!
     "Selamat menjamu selera!" Kakak pelayan yang berpakaian biru laut itu berlalui selepas memberikan kami senyuman yang manis pada Along. Along je? Aku? Arr! Pedulilah aku dah lapar ni!
     Dengan agak gelojohnya aku mencapai sudu dan garpu yang di balut kemas dengan tisu berwarna merah jambu itu untukku menyantap mee goreng seafood yang ku pesan. "Aik dek dah kebulur sangatkah sampai tak sempat nak baca doa tu?" Mee yang baru hendak mengetuk pintu mulutku terpaksa ku ketepikan semula untuk memakmumkan bacaan doa makan yang diketuai oleh Along.
     Kami makan dengan berseleranya tanpa ada sepatah kata pun. Along sedang enak dibuai oleh nasi ayamnya. Aku pun tak taulah apa yang sedapnya nasi ayam tue. Asal makan dekat luar Along akan pesan nasi ayam sahaja itupun kalau makan tengaharilah. Pelik aku dengan Along ni. Hidanganku pulak hanya tinggal separuh pinggan lagi.
     Selepas setengah jam kami di Restoran Kunang-Kunang tu, Along memanggil seorang pelayan untuk meminta bil makanan kami. Selesai membayar aku dan Along menghabiskan beberapa hirup minuman kegemaran kami, cincau susu !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan