pengikut chaye !

halwa telinga !

Sabtu, 29 Disember 2012

Cerita Donggeng itu 'FAIRY TALE' -part3-


     "Tolong ! ! !" Dengan sepenuh tenaga yang aku ada, aku terus meronta-ronta sambil menjerit apabila pelukan itu kurasakan semakin kemas dan kuat. 
     Siapa dia ni?! Apasal pulak dia nak peluk aku ni?! 
     Ya Allah, betapa dekatnya aku dengan orang ini sehingga aku boleh merasa hembusan nafasnya di leher kananku walaupun ketika itu leherku di tutupi dengan sehelai tudung bawal. Mana Along ni ?!
     Dalam keadaan cemas itu, tiba-tiba aku terdengar orang itu ketawa dan pelukannya semakin melerai. Kenapa aku kenal sangat suara dan cara orang ni ketawa ?! Dengan sepantas kilatnya aku toleh dan aku lihat orang tu tersandar dekat tiang berhampiran bank sambil ketawana semakin kuat!
     "Along!"
     "Apa ni?!" Rupa-rupanya orang yang memelukku dari arah belakang itu adalah Along! Dia semakin seronok mentertawakan aku yang tengah panas dengan usikannya yang berjaya itu.
     Memang nak kena Along ni tau!
     "Ambil ni!" Tamparan sulung kananku menyantap pipi kirinya! Dan aku terus meninggalkan Along untuk menuju ke kereta. Padan muka dia! Owh! Aa hati pulak dia nak kenakan adik dia ni. 
     "Amirah Asyura Aiman binti Aliff!" laungan Along tidak ku endahkan malah langkah kakiku semakin laju. Launglah nama penuh sampai ke nama-nama arwah atok pun aku tak kisah! Siapa suruh, nak sangat kenakan orangkan!
     Tanganku direntap dengan kuatnya di depan sebuah restoran yang agar lengang oleh Along. "Sakitlah Long!", itu sahaja yang mampu aku katakan pada Along dengan mempamerkan wajah ketidakpuasan hatiku!
     "Dahlah! Tak payah nak marah-marah. Jom!" wajah Along masih terlihat akan sisa tawanya yang ku agak terbantut gara-gara menerima tamparan dariku tadi. Tarikan tangan Along membuatkan aku hanya mengikut sahaja langkahnya sambil menundukkan mukaku. Hilang moodku hari ini.
     

Tiada ulasan:

Catat Ulasan