pengikut chaye !

halwa telinga !

Khamis, 27 Disember 2012

Cerita Donggeng itu 'FAIRY TALE' -part2-



     "Along cari parking dulu. Adik masuk dalam tanya dekat kaunter macam mana nak buka akaun untuk PLKN. Owkey ?" Setibanya kami di depan BSN pada pukul 9 lebih, keadaan di luar bank agak sibuk dan memaksa Along untuk mencari parking agak jauh dari bank.
     "Owkey!"
     "I.C ? Borang tawaran ? Ada bawa tak ?"
     "Adalah Long! Boleh tak jangan gelabah sangat!"
     "Macam mana tak gelabah kalau orang tue bangun lambat tadi" Aku buat-buat marah dan terus keluar dari kereta Along. Dengan ketidak sengajaan, aku menutup pintu kereta Along dengan kuatnya. 


Selesai sahaja aku mengisi borang yang dimaksudkan oleh Kak Farah. Aku terus mengambil tempat duduk. Alamak! Jauhnya lagi nak tunggu giliran aku ni. Sekarang baru 107, giliran aku 117. Aduh! Dahlah aku ni tak suka menunggu! Emm.
     "Tak payahlah nak mengeluh sangat dek! Salah sendiri! Siapa suruh bangun lambat!" Suara Along mengejutkan aku. Nasib baiklah suara dia tue tak kuat sangat! Kalau tak buat malu jak! Jatuh saham aku! 

     "Isk! Along ni! Tak payahlah unggkit sampai ke sini! Nanti orang dengar buat malu je!"
     "Apasal?! Takut jatuh saham?"
     "Along ni!" Sekali lagi aku tarik muka. Sejak pagi tadi entah berapa kali dah aku buat-buat merajuk dengan Along ni.
     "Tak payahlah nak buat-buat merajuk tu! Makin buruk muka kau tue dek!" Sememangnya aku dan Along tak pernah lagi berperang dunia ketiga setakat ni tapi perang-perang kucing tue adalah. ehe ;)

     "So? Amacam?"
     "Tinggal tunggu giliran lagi." Nadaku masih bersisa sedikit merajuk.

     "Borang yang betul ke ni? Adik tanya siapa?" Borang yang telah siap ku isi kini telah bertukar tangan ke tangan Along.
     "Kak Farah kata ambil borang ne. So. Ni lah" Sambil menunggu respon darinya.
     "Kak Farah?" Amboi! Cepatnya toleh bila dengar nama perempuan. Lelaki lelaki .
     "Tue" Sambil mulutku muncung sedikit ke arah seorang wanita yang kelihatan ayu bertudung kelabu  yang tengah sibuk melayan pelanggan di depannya. Sentiasa tersenyum. Senyuman yang boleh buat orang terpesona seperti orang yang tengah duduk di sebelah aku ni.
     "Amboi Long! Tak payah nak usyah sangatlah. Entah-entah bunga tue dah jadi milik orang kot." Kata-kataku membuatkan Along kembali ke alam nyata dan terus menoleh ke arah ku yang sedang menyembunyikan senyumanku. 

     "Ala! Kau ne dek! Suka betullah kacau daun! Tak salahkan kalau Along usyah dia. Along usyah jak bukan terus masuk meminang"
     "Amboi Long! Suka suki nampak nak usyah anak dara orang. Nanti malaikat catat dosa baru tau!" Kata-kataku membuatkan Along beristighfar seketika dan aku terus mentertawakan dirinya.
     "Dahlah! Tak payah nak ketawa sangat! Along nak keluarlah ne! Nanti kalau dah siap call Along k?" Along terus berear tanpa menunggu jawapan dariku. Along Along.


Ya Allah! Macam peti ais je sejuk dalam bank tue! Aku pun peliklah macam mana ada orang yang becita-cita nak kerja kat bank. Kalau aku yang diberi kerja ni, mungkin tak sampai setengah hari kot aku dah hantar surat nak berhenti! Sedangkan urus akaun nak buka untuk PLKN ni pun yang tak sampai setenggah hari aku dah rasa macam nak patah tulang belulang, nikan pulak nak kerja. Huu!
     "Mana pulak Along ne?" Aku yang baru sahaja keluar dari bank terus mendail nombor telefonnya. Asal pulak lambat jawap ne! Isk ! Along ne pergi mana sampai fon pun tak boleh angkat! Aku terus mendail lagi nombornya buat kali kedua sehinggalah aku rasa ada orang memelukku dari arah belakang. Siapa ni berani-berani nak peluk aku ni ?!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan