pengikut chaye !

halwa telinga !

Khamis, 27 Disember 2012

Cerita Donggeng itu ''FAIRY TALE'' -part1-




     "Adik!" laungan Along semakin kuat ku dengar ketika itu . Kenapa suara Along boleh ku dengar di tempat ini ? Takkan Along ikut aku ni ? Tapi mana Along ? Arr ! Pedulilah ! Perutku sudah kenyang tetapi di depan ku ketika itu masih ada beberapa ulas  durian lagi yang belum ku habiskan . 


     "Oi! Bangunlah ! Dah jam 8.20 ni ! Bila kita nak uruskan PLKN kau tu ?! Along cuti seminggu jak ni ! Bangunlah dek !" Ketika itu , selimutku telah di tarik oleh Along dan aku sedang di belasah oleh Along menggunakan bantal gulingku sambil mulutnya mengomel panjang !
     "Along!!" Dengan sedaya upaya aku cuba untuk membuka mataku yang baru sahaja terlelap pada jam 4.30 pagi tadi , kerana menjaga rancangan televisyen.
     "Bangunlah. Dah nak dekat jam 9 ni . Bila kita nak urus PLKN adik tue ? Along ada masa dengan adik seminggu je tau." Dengan malasnya aku bangun dan trus ke bilik air . Aku masih rasa mengatuk lagi !
     Along mengetuk pintu tandasku dan berkata ,"Along bagi masa setengah jam je owkey dek ! Lambat Along bagi tinggal je!" Laungan Along membuatkan aku segar kerana Along cuma memberiku setengah jam je nak bersiap . Dahlah aku ni mandi pun lambat .

     "Pagi Long !" 1 kucupan ku berikan pada Along yang tengah bersarapan di meja makan tetapi kucupan ku dibalas dengan pandangan mata yang tajam !
     "Dah ! Along nak jalan dah ne . Nak ikut cepat !"
     "Along!" Laungan ku tidak di endahkan oleh Along yang tengah mencari kasutnya di dalam rak kasut. Dalam keadaan kelang kabut aku hanya sempat sapu mentega pada sekeping bread sahaja. Along memang sengaja nak kenakan aku !

Ini yang aku malas ni bila pagi-pagi lagi dah jem ! Aku mengeluh kecil !
     "Em. Siapa suruh, Along dah pesan semalamkan? Tidur awal tidur awal esok nak urus PLKN awak tue tapi siapalah Along nikan ?" Aku terus menoleh ke arahnya .
     "Long, orang memang nak tidur awal semalam tapi siapa suruh astro. . ."
     "Haa ! Salah sendiri nak tunding kat astro plak ?" Belum sempat aku menghabiskan ayatku Along dah cantas yang menampakkan aku ni betul-betul salah.
     "Yelah ! Orang yang salah !" Aku terus menarik muka panjang dan Along terus mentertawakan aku.

1 ulasan: